*warning* text in malay
kadang kadang, bila kita terlalu sayang sangat pada seseorang tu, kita tak perasan yang kita ni lebih sayang kan dia dari diri kita sendiri. kita terlalu cinta kan dia sangat sehingga hati sendiri remuk hancur pun tak diambil peduli. yang penting dia happy.
kalau kemana-mana, bila sedang dilamun cinta, dalam benak fikiran ni, teringat kan si dia sahaja. makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. tapi tu zaman dulu la kan bila bercinta. tapi, kadang kadang, cinta boleh melalaikan sehingga benda yang wajib dilaksanakan tu, kita tak tunaikan. dan ada betulnya, dari kelalaian kita tu, boleh membawa musibah.
bila sedang asyik sangat bercinta, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita semuanya manis manis belaka. susun dan tapis selagi selagan perkataan yang keluar dari mulut. sebabnya, nak jaga hati sang kekasih, jadi kot kot tak tersinggung. kalau nak berkasar tu pun ada limit nya. agak2 da terover sikit, pandai pandai la gostan. pandai pandai la minta maaf la kan.
bila sedang sibuk dilamun cinta, datangnya orang ketiga. masalah besar jadinya! kalau perlu perang dunia ketiga, sila kan! bila terjadinya benda ni,dia tuduh dia, dia tuduh dia, sibuk menunding jari antara satu sama lain. yang satu menaruh harapan yang teramat la tinggi. yang lagi sorang tu pulak, da tau mmg conferm2 ngan kesayangan dia la dia akan hidup semati, lagak seakan-akan takde pape yang akan terjadi walaupun adanya orang ketiga. silapnya pulak yang dua dua ni tak tau ialah, "communicate". tu paling penting la kan. kalau asyik ingat "ahh, dia tau la aku syg die je srg.." haa..jgn terkejut kalau satu hari nanti, salah satu tu cakap pada lagi sorang tu, "i tak tau pun yang u sayangkan smp mcm ni skali.." and masa tu, mesti ader feeling nak sepak terajang kat dia kan?
cinta ni indah. cinta ni amat mendalam kalau kita tak tafsirkan, nak dianalisasikan. jgn mengharapkan cinta yang tak mungkin akan dibalas. yang paling penting, kita cintakan pada yang Esa, sudah sememangnya, kita tau, cinta kita akan dibalas. and takde ruginya kalau kita cinta Dia. dapat pahala lagi ada. Dia..
- maha pengasih (pada orang yang sangat dikasihi)
- maha penyayang (pada orang yang suka disayangi)
- maha kaya (pada orang yang rasa kaya tu adalah segalanya)
- maha pegampun (pada orang yang sering melakukan kesilapan)
dari itu, fikiralah dengan sewajarnya. sayangi diri kita dahulu dan kemudian sayangi orang sekeliling kita. untuk mengakhiri entry merepek kali ini, renungkanlah..
Tak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman,Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha, Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah.
{ I love you tek,always and forever. Till death do us part.}